Friday 19 August 2011

DIAMBANG ليلة القدر

Bulan Ramadhan hampir tiba ke penghujungnya. Wahai  MUSLIMIN dan MUSLIMAT sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini.
Pernah di malam itu Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di 10 malam terakhirnya, yakni pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!
Itulah malam LAILATUL QADR pada 10 malam tersebut,Rasulullah S.A.W mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T sambil diikuti oleh para Sahabat R.A.

Kaedah

1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir untuk tujuan itu semata-mata.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika bekerja, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid.
6. Jika seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak bertimbun pada 10 malam terakhir.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar tidak disibukkan dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing.

Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini.Apabila berakhirnya Rmadhan nanti kita beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.

~teratak 5ScKaa'10 in mind~

No comments:

Post a Comment

assalamualaikum..sila tggalkn kmen anda ekh..